Selasa, 25 September 2012

Info Sihat: Khasiat Herba dlm Kesihatan~ Mengkudu

Mengkudu (Morinda tinctoria; Morinda citrifolia) boleh dijadikan jus untuk diminum. Mengkudu mengandungi bahan "xeronine".

Dr. Ralph M. Heninicke, Ahli Biokimia, University of Hawaii, Amerika Syarikat merupakan perintis kajian buah mengkudu selama 45 tahun. Beliau menemui kompoun alkoloid "proxeronine" dalam buah mengkudu secara tidak sengaja ketika mengkaji enzime "bromelin" dalam buah nenas. Kandungan "proxeronine" dalam buah mengkudu adalah 800 kali berbanding paras yang terdapat dalam buah nenas.
Jadi, buah mengkudu amat berguna kepada kesihatan manusia. Buah mengkudu mengandungi zat pencetus "xeronine" yang dipanggil sebagai "proxeronine" di samping terdapat enzim yang membantu "proxeronine" membentuk "xeronine".

Kepentingan xeronine :
  • Salah satu bahan penting bagi menggalakkan pertumbuhan tisu dalam tubuh badan manusia menerusi tindakbalas bahan kimia antara proxeronine dan proxeronase.
  • Interaksi dua bahan kimia proxeronine dan proxeronase boleh membantu membesarkan liang pada usus kecil - sekali gus mempercepatkan serapan bahan nutrien ke dalam sistem pemakanan.
  • Berfungsi sebagai bahan mengembalikan kesegaran dan ketahanan protein badan yang merupakan sebagai bahan awet muda.
  • Mengkudu juga kaya dengan bahan anti-oksidan iaitu membantu melambatkan proses penuaan. Biasanya buah mengkudu dipetik dan diperam di atas garam, atau di dalam beras. Apabila sudah masak ia boleh dimakan begitu sahaja. Ianya juga boleh dicampur dengan gula untuk dimakan.
  • Buah mengkudu boleh memulih sel atau tisu rosak, sekali gus melambatkan proses penuaan, di samping berguna bagi penyakit kencing manis, sengal sendi dan tekanan darah tinggi. Daun mudanya boleh digunakan sebagai sayuran atau dimakan sebagai ulaman. Daunnya jika direbus boleh menyihatkan ibu yang baru bersalin. Kulitnya berguna bagi mengubati penyakit Malaria. Bunga mengkudu boleh digunakan untuk merawat penyakit mata. Akar mengkudu berguna bagi mengubati penyakit buasir, hidung tersumbat dan pendarahan otak.

Antara khasiat buah mengkudu :
  • Sistem pernafasan - melegakan penyakit sinus atau resdung, asma, bronkitis dan hingus meleleh.
  • Sistem penghadaman - perut kembung, ulser, gastrik, cirit-birit, muntah-muntah, tidak hadam makan dan masalah keracunan makanan.
  • Sistem kardiovaskular - mengurangkan tekanan darah tinggi dan merendahkan aras kolesterol.
  • Gangguan dalam tubuh - kencing manis, sakit kepala, migraine, sakit ginjal dan buah pinggang.
  • Mulut dan tekak - radang tekak, sakit gusi, sakit gigi dan batuk.
  • Penyakit kulit - bisul, luka dan ulser kulit.
  • Lain-lain - meredakan penyakit darah tinggi, betis kering bersisik, merekah tumit kaki, mengurangkan penyakit batuk, penyakit kuning dan demam panas.
  • Bagi wanita yang baru lepas bersalin - daun mengkudu boleh digunakan untuk mengecutkan rahim. Caranya ialah dengan membalut daun mengkudu itu dengan kain dan dipanaskan untuk bertungku.
  • Justeru itu, mengkudu boleh digunakan sebagai bahan awet muda.

Ahad, 23 September 2012

Daya Tahan Kardiovaskular : Latihan

a) Latihan Fartlek



Latihan Fartlek berasal dari negara Sweden. Latihan ini merupakan satu sistem latihan daya tahan kardiovaskular yang berkoonsepkan pelbagai kelajuan seperti:-
  • berjalan pantas
  • lari pecut
  • berjoging
  • berlari dalam kelajuan sederhana
Latihan ini dilakukan pada pelbagai permukaan tanah seperti:
  • pasir
  • rumput
  • bukit
  • jalan raya
Cara melaksanakan Latihan Fartlek:
  1. Pastikan mengikut tatacara sebelum dan selepas melakukan daya tahan kardiovaskular.
  2. Pilih laluan yang sesuai dan selamat seperti di padang sekolah atau di kawasan yag berdekatan dengan sekolah.
  3. Mulakan latihan Fartlek dengan pelbagai larian seperti berlari perlahan, berjalan, lari zig zag, lari pecut atau lari undur secara berterusan.
  4. Lakukan aktiviti sama ada berdasarkan tempoh masa atau jarak.
  5. Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu, berpasangan atau berkumpulan.
b) Latihan Berkonsepkan Parcourse




Latihan ini diperkenalkan oleh Peter Stocker pada tahun 1973. Parcourse merupakan sebuah aktiviti yang menggabungkan beberapa aktiviti kecergasan melalui beberapa stesen.

Tujuan latihan ini adalah untuk:-
  • meningkatkan daya tahan,
  • meningkatkan kekuatan otot,
  • meningkatkan daya tahan otot-otot rangka, dan
  • menjadikan badan bertambah sihat dan cergas. 
Aktiviti bagi latihan Parcourse:-
  • larian sejauh 400m hingga 1600m secara berjogging, berjalan kaki atau berlari pecut dari stesen ke stesen diselangi dengan pelbagai aktiviti kecergasan di setiap stesen.
Cara melaksanakan Latihan:-
  • Mulakan dengan larian dalam jarak 10 - 20m ke stesen pertama.
  • Lakukan aktiviti kecergasan di stesen pertama.
  • Sanbung larian ke stesen kedua.
  • Lakukan aktiviti kecergasan di stesen kedua. Ulang aktiviti hingga ke stesen yang terakhir.
Contoh aktiviti kecergasan:-
  • Lompat kuadran
  • Bergayut di palang
  • Duduk jangkau
  • Tangga tegak
  • Angkat kaki
  • Lompat sentuh palang
  • Naik turun bangku
  • Meniti palang

Jumaat, 21 September 2012

DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR



Daya tahan kardiovaskular atau kecergasan jantung bermaksud kecekapan sistem peredaran dan sistem pernafasan untuk membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan pada jangka masa yang panjang semasa melakukan aktiviti. Ia merupakan komponen yang terpenting dalam profil fisiologi manusia. Ini disebabkan ia melibatkan daya tahan aerobic dan anaerobic. Kecergasan kardiovaskular bergantung kepada kombinasi salur darah, jantung dan paru-paru. Aktiviti yang berat memerlukan pengeluaran darah yang kaya dengan oksigen untuk membolehkan otot-otot menjalankan aktiviti berat yang berterusan.