Ahad, 23 September 2012

Daya Tahan Kardiovaskular : Latihan

a) Latihan Fartlek



Latihan Fartlek berasal dari negara Sweden. Latihan ini merupakan satu sistem latihan daya tahan kardiovaskular yang berkoonsepkan pelbagai kelajuan seperti:-
  • berjalan pantas
  • lari pecut
  • berjoging
  • berlari dalam kelajuan sederhana
Latihan ini dilakukan pada pelbagai permukaan tanah seperti:
  • pasir
  • rumput
  • bukit
  • jalan raya
Cara melaksanakan Latihan Fartlek:
  1. Pastikan mengikut tatacara sebelum dan selepas melakukan daya tahan kardiovaskular.
  2. Pilih laluan yang sesuai dan selamat seperti di padang sekolah atau di kawasan yag berdekatan dengan sekolah.
  3. Mulakan latihan Fartlek dengan pelbagai larian seperti berlari perlahan, berjalan, lari zig zag, lari pecut atau lari undur secara berterusan.
  4. Lakukan aktiviti sama ada berdasarkan tempoh masa atau jarak.
  5. Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu, berpasangan atau berkumpulan.
b) Latihan Berkonsepkan Parcourse




Latihan ini diperkenalkan oleh Peter Stocker pada tahun 1973. Parcourse merupakan sebuah aktiviti yang menggabungkan beberapa aktiviti kecergasan melalui beberapa stesen.

Tujuan latihan ini adalah untuk:-
  • meningkatkan daya tahan,
  • meningkatkan kekuatan otot,
  • meningkatkan daya tahan otot-otot rangka, dan
  • menjadikan badan bertambah sihat dan cergas. 
Aktiviti bagi latihan Parcourse:-
  • larian sejauh 400m hingga 1600m secara berjogging, berjalan kaki atau berlari pecut dari stesen ke stesen diselangi dengan pelbagai aktiviti kecergasan di setiap stesen.
Cara melaksanakan Latihan:-
  • Mulakan dengan larian dalam jarak 10 - 20m ke stesen pertama.
  • Lakukan aktiviti kecergasan di stesen pertama.
  • Sanbung larian ke stesen kedua.
  • Lakukan aktiviti kecergasan di stesen kedua. Ulang aktiviti hingga ke stesen yang terakhir.
Contoh aktiviti kecergasan:-
  • Lompat kuadran
  • Bergayut di palang
  • Duduk jangkau
  • Tangga tegak
  • Angkat kaki
  • Lompat sentuh palang
  • Naik turun bangku
  • Meniti palang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.